Thursday, October 23, 2008

Respon ke: TUBUHKAN MAPEN 111 DAN TEROKAI SISTEM EKONOMI ISLAM - Ruhanie Ahmad - Thursday, October 23, 2008

Salam Datuk,

Respon saya dlm blog TDM (tapi lupa entry yg mana):
1) minta Tun tulis pengalaman beliau dlm menangani financial crisis 97/98
2) membuat kesimpulan sendiri - ekonomi malaysia kurang tempias kerana adanya perbankan islam
3) Tun dikatakan/dituduh membuat bailout - tetapi apabila US/Bush membuat bailout tiada siapa pulak dari malaysia ini terutama pembangkang yang mengatakan sesuatu tentangnya

Point 1 cukup penting kerana ia bukan sahaja menjadi bahan akademik, tetapi lebih dari itu dari segi method/pelaksanaan yang mungkin tidak tertulis dari segi teori utk mengatasi krisis kewangan 97/98. Bahkan Amerika juga mengikut langkah yang dibuat oleh Malaysia seperti yg Datuk katakan dan kita semua maklum. TETAPI yang saya tidak faham/tahu sampai sekarang melalui diskusi dengan rakan, mereka mengatakan Anwar dituduh menjadi Proksi IMF (melaksana apa yg IMF suruh) semasa krisis 97/98 - sedangkan saya sendiri mengalami bagaimana interest naik pada ketika itu - walhal Anwar menjadi Menteri Kewangan - Stlh dipecat dan Tun mengambil alih baru nampak perkembangan positif ekonomi pada ketika itu, org ramai masih membeli kereta, masih boleh berniaga, sara hidup masih stabil (tapi kini gaji naik pun tak der makna - sara hidup tinggi). Sebagaimana Datuk kata, Politically Incorrect, lepaskan lah ego tu jika apa yg Tun buat betul maka iktiraflah dan laksanakan.

Point 2 saya rasa asasnya kita sudah ada, dgn adanya perbankan islam (betulkah Bank Islam atas inisitif Tun dan/atau dengan individu yang tidak diketahui), tetapi mungkin itu secara domestik. Yang saya lupa ialah ekonomi kita juga bergantung dengan eksport/import dengan negara luar yang menggunakan wang kertas yang tiada nilai berbanding dengan Dinar/Emas.

Point 3 hanya sejarah yang menilai.

Sekian.
cahaya.masa@gmail.com

No comments: