Thursday, March 25, 2010

Comment to DSNR

Salam Dato Najib

Ini pandangan berdasarkan pemahan saya. Harap Dato Najib dapat membacanya. Jadi jika salah harap dapat diperjelaskan dengan nyata di media.

4% GST bermakna saya perlu bayar rm80 untuk komputer rm2000. saya bayar kepada syarikat. ini bermakna jika cukai korporat 29%, sebenarnya syarikat hanya bayar 25% sebab bakinya saya yang bayar. Itu kalau syarikat tidak menipu kepada kerajaan. Macammana LHDN boleh pastikan 4% yang saya bayar boleh sampai kepada kerajaan? saya harap LHDN bukan membuat perkiraan mengikut jumlah jualan yang dibuat oleh syarikat...tapi hendaklah ke tahap resit yang dikeluarkan kepada individu. LEBIH ELOK SEMUA RESIT JUAL BELI DIKELUARKAN OLEH LHDN - senang sikit nak trace.


Tapi kalau kerajaan bercadang juga, tak apalah - apa boleh buat (implikasi politik saya tak mahu sentuh) TAPI kerajaan perlu seimbangkan dengan cukai pendapatan individu.

Dato Najib, SAYA MERAYU, pelepasan individu rm8000 kalau nak tambah lagi bagus TETAPI pelepasan anak-anak MESTI ditambah (dulu 800 kepada 1000-terima kasih tetapi tidak signifikan) kepada sekurang-kurang rm2000. Anak saya nak masuk 5 [anak ramai - ingat tak kearah 70juta penduduk malaysia...]. Nursery/sekolah jer dah rm1200 sebulan, belum belanja makan lagi, susu, dryper = setahun tak rm20000. Saya kira berada didalam golongan pertengahan. yang kurang pendapatan mungkin tak perlu bayar bahkan insyaAllah boleh dapat zakat. Ya saya pun keluarkan zakat tapi lebihan cukai tu akan membuatkan saya bayar kerana terpaksa.

Sekian.

No comments: