Thursday, September 18, 2008

Krisis Ekonomi

Salam semua,

Saya ada menghantar komen di dalam chedet.com berkaitan FINANCIAL TURMOIL. Bermula dari krisis 'sub-prima' (kalau tak silap), satu-persatu bank/institusi kewangan dan lain2 syarikat besar tumbang atau di'bail out' secara maya. Kenapa maya? US ada begitu banyak duit untuk membeli atau menyelamatkan syarikat ini atau sekadar Nombor tanapa ada 'duit secara fizikal'. Tak mengapalah jika itu pendekatan dia...

Cuma saya membayangkan jika ia terjadi kepada negara kita... tapi insya-Allah ia tidak akan terjadi kerana ekonomi kita diimbangi dengan kewangan islam (diharap ahli panel syariah terus memahami & memainkan peranan selari syariah dengan ekonomi). Itu secara makro.

Tetapi secara mikro, adakah duit kita (gaji bulanan kita) mampu menampung kenaikan harga minyak dan barangan. Adakah kita sengaja berbelanja lebih atau lebih baik kita mengikat perut. Saya percaya kita terpaksa berbelanja lebih sebab ia keperluan harian.

Ironisnya pemimpin suruh kita berjimat tatapi mereka menunjukkan teladan yang sama?

Inflasi bukan setakat harga barang lebih tinggi, mungkin ia turut disumbang faktor apabila pengguna terpaksa berbelanja lebih secara berhutang kad kredit atau pinjaman peribadi. Ini tidak sihat. Ia mengingat kembali krisis 97/98, kita masih mampu hidup 'mewah' walau gaji sedikit, sebab kita mampu membeli. oarang tetap membeli kereta/rumah sebab ada insentif atau kadar interest/keuntungan yang rendah.

Kini telah hampir sebulan harga minyak durun 15sen dari RM2.70. Dalam pada masa ini minyak telah turun dibawah USD 93, mengapa masih tidak turunkan harga minyak? Alasan TIDAK MUNASABAH oleh BADAWI ialah nanti keuntungan petronas akan berkurangan? Hah, macam manalah Perdana Menteri boleh memberikan alasan sebegitu rupa.

Sekian. Pandangan peribadi yang bukan ahli ekonomi.

No comments: